• Berita PTM
  • AGIHAN 'SAHUR BOX' KEPADA PELAJAR UniSZA

AGIHAN 'SAHUR BOX' KEPADA PELAJAR UniSZA

AGIHAN ‘SAHUR BOX’ KEPADA PELAJAR UNISZASAHUR 1 1000

Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, Pusat Teknologi Maklumat telah membuat agihan makanan kepada pelajar UniSZA. Sebanyak 120 ‘sahur box’ hasil sumbangan semua warga PTM yang telah didermakan kepada pelajar UniSZA buat persediaan sahur mereka.

Hasil sumbangan termasuklah kurma, roti dan minuman sesuai untuk kudapan ketika bersahur.

Program yang julung kalinya diadakan ini telah diadakan pada 14 Jun 2017 bersamaan 19 Ramadhan 1438H bertempat di Foyer Dewan Kuliah Utama UniSZA Kampus Gong Badak .


Pengarah PTM Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman mengetuai agihan ‘Sahur Box’ kepada pelajar disertai oleh staf PTM dari berbagai peringkat.

Semoga usaha dan sumbangan yang diberikan ini mendapat barakah disisi Allah.SAHUR 9 1000SAHUR 8 1000SAHUR4 1000SAHUR 5 1000SAHUR 7 1000SAHUR 3 1000SAHUR 2 1000