• Berita PTM
  • LAWATAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KE PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UniSZA

LAWATAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KE PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UniSZA

ums 1000Pusat Teknologi Maklumat (PTM) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) Universiti Malaysia Sabah pada 14 Mac 2017 (Selasa).

Lawatan yang seramai 10 orang ini diketuai oleh Pengarah JTMK, Pn. Noor Hapipah binti Samat bertujuan untuk mengambil peluang bagi mempelajari dan bertukar-tukar pandangan mengenai pengurusan insiden dan keselamatan ICT di UniSZA.

Selain itu, sesi lawatan ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat berkaitan pemantauan perkhidmatan kualiti dan juga perkhidmatan ICT yang merangkumi rangkaian, pengkomputeran, telekomunikasi dan pusat data.

Turut hadir mengiringi lawatan ini adalah Timbalan Pengarah (Sistem Aplikasi), En. Asnidzal bin Mohamad Jamel dan Timbalan Pengarah (Perkhidmatan & Pengurusan Infrastruktur) Dr. Wan Nor Shuhadah binti Wan Nik serta Ketua-Ketua Bahagian di PTM UniSZA.

Lawatan ini telah dapat menjadi medan percambahan ilmu dan pertukaran idea di antara staf dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada warga Universiti.